Wednesday, 9 January 2019

STRATEGI, KEMAHIRAN, PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


DEFINISI
Ø  Cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Ø  Lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

BERPUSATKAN GURU
*      Memainkan peranan utama.
*      Guru menguasai dan mengawal aktiviti.
*      Guru banyak memberi penerangan.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU
*      Mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
*      Interaksi guru dan pelajar adalah sehala.
*      Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik.
*      Murid menjadi kurang kreatif.
*      Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.

BERPUSATKAN MURID
*      Murid memainkan peranan yang penting.
*      Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif.
*      Guru ialah seorang pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti.
*      Penggunaan teknik inkuiri penemuan, perbincangan, sumbangsaran, dan main peranan.


CIRI-CIRI BERPUSATKAN MURID
*      Ciri kepimpinan bersifat demokratik.
*      Komunikasi berlaku secara dua hala.
*      Lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid.
*      Murid menunjukkan sifat kreatif.

BERPUSATKAN BAHAN
*      Guru menyampaikan pengajaran dengan menggunakan bahan,
*      Murid boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru.
*      Buku skrap, modul, audio-visual dengan  menggunakan projektor.

CIRI-CIRI BERPUSATKAN BAHAN
*      Bahan pelajaran memainkan peranan penting.
*      Komunikasi antara guru dan bahan.
*      Menekankan kepentingan kognitif atau sumatif.

PENDEKATAN
*      Satu pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu penyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian.
*      Satu kumpulan andaian yang saling berkait.

JENIS-JENIS PENDEKATAN
*      Pendekatan induktif.
*      Pendekatan deduktif.
*      Pendekatan elektik.
INDUKTIF
*      Beri contoh khusus kepada kesimpulan khusus.
*      Beri peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri.

DEDUKTIF
*      Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.
*      Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.
*      Pendekatan ini lebih banyak menekankan aspek tulisan.
*      Terangkan konsep baru bagi contoh.

ELEKTIK
*      Konsep pendekatan elektik merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
*      Pengajaran elektik banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik, khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif.
*      Digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem sains atau matematik.

KEMAHIRAN MIKRO/MIKRO
-          Kemahiran Set Induksi
-          Kemahiran Menerang
-          Kemahiran Penyoalan
-          Kemahiran Variasi Ransangan
-          Kemahiran Penggunaan Papan Hitam.
-          Kemahiran Pengukuhan.
-          Kemahiran Penutup.

  1. Prinsip Set Induksi
-          Berkait sukatan pelajaran.
-          Berkait dengan tajuk pelajaran.
-          Hasil boleh dicapai dengan singkat.
-          Sesuai pengalaman murid.
-          Sesuai dengan umur murid.

Objektif Set Induksi
-          Mewujudkan kesediaan murid untuk belajar.
-          Menarik perhatian murid.
-          Menarik minat pelajar.
-          Mengekalkan minat murid.
-          Membantu memudahkan proses pembelajaran murid.

           Komponen Sel Induksi
-          Menarik perhatian murid (berlakon, menyanyi, video)
-          Mewujudkan motivasi (memberi kata-kata semangat)
-          Membuat perkaitan (pelajaran lepas – sekarang)
-          Menstruktur.

  1. Kemahiran Menarik Perhatian
-          Menggunakan nada suara.
-          Menggunakan alat bantu mengajar.
-          Menggunakan gerakan isyarat.
-          Menunjukkan aktiviti luar biasa.

Contoh mewujudkan motivasi
-          Membangkitkan rasa ingin tahu.
-          Menggunakan unsur suspen.
-          Aktiviti yang interaktif.
-          Menggunakan soalan mencabar.

Contoh membuat perkaitan
-          Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.
-          Menyatakan had tugasan.
-          Membuat perkaitan.

           Contoh menstruktur
-          Mengaitkan pengetahuan lepas pelajar.
-          Mengaitkan peristiwa lampau dengan peristiwa semasa.
-          Mengaitkan minit dan pengalaman.

  1. Kemahiran Menerang
-          Menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran pada peringkat perkembangan.

  1. Kemahiran Penyoalan
-          Pembentukan soalan
-          Fokus (tunggal)
-          Fokus (pelbagai)
-          Sebaran menyeluruh
-          Hentian (hentian semasa berfikir)
-          Melayani jawapan
-          Mencungkil fikiran

Objektif penyoalan
-          Uji pengetahuan murid
-          Ransang pemikiran
-          Menarik perhatian
-          Menilai keberkesanan
-          Mengulangkaji pelajaran
-          Mengukuhkan kefahaman
-          Menimbulkan minat
-          Mengembangkan pemikiran
  1. Kemahiran Pengukuhan
-          Elak komen negatif
-          Berubah dari masa ke semasa
-          Diberi sebaik sahaja selesai menjawab.
-          Teknik pengukuhan sesuai
-          Diberi dengan ikhlas tahap pelajar
Objektif pengukuhan.
-          Memperbaiki disiplin
-          Meningkatkan keyakinan
  1. Variasi Ransangan
-          Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru.
-          Bertujuan menarik perhatian dan minat murid.
-          Kemahiran mengubah tingkah laku guru mempelbagaikan aktiviti dan corak.
  1.  Kemahiran Menutup
-          Bahagian terakhir sesuatu pelajaran.
Prinsip-prinsip Penutup
-          Sesuai dengan objektif, isi pengajaran.

    Komponen Penutup
Perkaitan Kognitif
-          Membuat rumusan
-          Mengulang isi pelajaran
-          Menjalankan aktiviti penilaian
-          Mencadangkan aktiviti susulan
Perkaitan sosial
-          Memberi peneguhan positif
-          Mewujudkan perasaan ingin tahu
-          Memotivasikan murid agar ingin terus belajar
-          Menimbulkan rasa ingin melakukan sesuatu.

KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1) Simulasi
-Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan
 situasi sebenar bertujuan menjalankan latihan menyelesaikan sesuatu masalah.

2)Perbincangan
-Satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan 
 murid-murid di dalam kelas.

3)Kerja Kumpulan
-Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan berasaskan kepada strategi 
berpusatkan murid dan bertujuan agar murid-murid dapat menguasai kemahiran yang 
tertentu mengikut kadar pembelajaran yang setimpal dengan mereka.

4)Pengajaran Modul
-Pembelajaran modul merupakan kaedah mengajar individu di mana murid mengikut 
panduan dan arahan guru mempelajari bahan-bahan pelajaran melalui panduan bahan bercetak.
     
      5)Tunjuk Cara (Demonstrasi)
      -Tunjuk cara merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkankemahiran               pengajar mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.

No comments:

Post a Comment